Pages

Monday, May 9, 2011

Dah banyak kali syampu rambut,,, kelemumur taknak hilang!!!...

rambut berkelemumur


Jawapan:
Ini adalah disebabkan oleh hormon lelaki yang banyak semasa akil baligh. Selain itu, sebaik sahaja kulit kepala anda dijangkiti Malassezia Furfur, iaitu sejenis virus bakteria yang tumbuh di dalam sebum, perembesan sebum akan terjejas dan batang rambut akan rosak.
Ini akan menyebabkan rambut kehilangan nutrien dan lama-kelamaan menjadi nipis serta mudah bercabang. Keguguran rambut yang banyak juga akan berlaku. Kelemumur akan menjadi jelas dan kepala anda akan gatal, terutamanya pada bahagian ubun-ubun dan pelipis. Bahagian-bahagian itu akan mempunyai lebih banyak rembesan hormon lelaki dan akan mengalami keguguran yang jelas.
Jika anda mengalami masalah ini, perkara yang perlu dilakukan ialah mendapatkan bantuan profesional. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk menangani masalah rambut.



                    gatalnyaaaaaaaaaaa....... tidakkkk!!!


Cara tradisional untuk menghilangkan kelemumur di kepala


limau nipis

Limau nipis 2 buah

Caranya:

- Belah limau nipis tersebut, kemudian perahkan dan sapukan kepada rambut sampai kekulit kepala.
- Urut-urut kulit kepala selama beberapa minit.
- Kemudian bungkus kepala dengan menggunakan tuala/handuk selama beberapa minit.
- Selepas itu bolehlah dibasuh seperti biasa dengan menggunakan shampoo yang sesuai dengan rambut anda.
- Lakukan rawatan ini seminggu sekali ianya bukan saja dapat menghilangkan kelemumur/ketombe, tetapi rawatan dengan menggunakan limau nipis juga boleh melembutkan rambut anda jika rajin mengamalkannya.

Sunday, May 8, 2011

Promotion!!!... be confident to express yourself

salam untuk semua pembaca meloria.... haaaaaaa kt sini meloria ada sertakan sekali service dan harga yang disediakan di EZ Haircut Studio... datangla reramai,, jemput segala mak, pakcik .. makcik.. jiran tertangga merasai belaian bermanja kt salon ni... meletop habis...ini pepatah meloria buat sendiri,.... "masuk kedai makan gemok.. masuk salon mestilaa vogue"..  ahahhaa kannn. =) cam pelik je!!..


PROMOTION!!·     
HAIRCUT...........RM 10
WASH & BLOW.........RM 15
REBONDING.........RM 80+
RELAXING........RM 80
IRON & CURLY.......RM 25+
HAIR UPSTYLE......RM 25+ 
MAKEUP..........RM 35+
FACIAL.............RM 15+
REFLECXOLOGY.......RM 30+
 AND MORE



UNISEX HAIR SALON
EZ Haircut Studio
Be confident to express yourself
Lot 2 Parking Bertingkat UiTM Shah Alam Selangor.
10.30 am – 7.30 pm / Monday – Saturday
Sunday by appointment only
017-3704146 Ejoe



Rambut gugur.. tumbuh balik ke???!!.. risaunya.. =_+



Jawapan:

Jika folikel rambut adalah sihat, rambut akan tumbuh semula seperti dalam kitar rambut yang normal. Fasa pertumbuhan dan fasa rehat  rambut adalah antara kira-kira 3 hingga 5 tahun. Dengan kata lain, setiap helai rambut akan diperbaharui dalam tempoh itu. Apabila rambut berada pada fasa rehat, sehelai rambut baru akan berkembang ke fasa pertumbuhan. Sebaik sahaja rambut  baru mencapai kulit kepala, rambut lama akan gugur supaya rambut baru boleh tumbuh.

Selagi folikel rambut adalah sihat dan aktif, rambut akan terus berkembang dan tumbuh. Ini adalah kitar pertumbuhan rambut yang sihat. Rambut memerlukan nutrien dalam aliran darah untuk pertumbuhan baru. Jika folikel rambut menjadi kurang aktif atau mati, ia tidak akan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan sel rambut baru. Ini akan menghentikan pertumbuhan rambut baru.

Dalam keadaan yang lain, jika kebolehan folikel untuk menumbuhkan rambut mula merosot, aliran darah akan berkurangan dan menyebabkan rambut gugur dengan banyaknya dan cepat. Lama-kelamaan, ini akan menyebabkan kebotakan.

My skills... =) ada byk lagi.... ni baru sket... permulaan katakan..

Hasil selepas curly tong


Sanggul kelopak + twist

Sanggol kelopak
                         

Overlap
                                     

Knot
                                       
Role
                                       
Simple bun
                                        
Simple twist
                                        

My 1st runaway.....




hati-hati catwalk..... opss!!



wowowowooo... atlast terhasil juga blog pertama meloria yang dah berbulan-bulan idea terperap dalam kepala ini untuk diluahkan dan dikongsi bersama dengan para pembaca yang secara tidak sengaja mahupon disengajakan melayari blog meloria ini. thank you so much... =)


Terhasilnya blog meloria ini. maka dapatlah saya berkongsi sedikit pengalaman dan juga tips penjagaan
rambut serta gaya yang bersesuaian dengan kehendak dan imej seseorang. walamak!!.. menarik bukan..

meloria!!~~~... meloria!!~~~ 




vogue kann!!... jeles meloria tengok....