Pages

Wednesday, June 29, 2011

Rambut yang sihat lagi berkilat

 Silauunyerrrrr mata meloria menengoknyer... @_@

Jawapan:

Rambut yang berkilat menandakan kesihatan sel yang terletak pada lapisan epidermis kulit kepala. Apabila sel-sel ini berada pada tahap yang paling lutsinar dan kebanyakannya merupakan sel korneum yang terkumpul, sinaran matahari akan terbayang daripada permukaan rambut. Pembayangan ini menentukan tahap kilat yang akan hadir padarambut. 
Kilat rambut adalah hasil daripada cahaya yang dibayangkan oleh batang rambut masing-masing
Semakin halus permukaan rambut, cahaya yang dibayangkan akan kelihatan lebih banyak. Rambut berkilat apabila sel korneum adalah sebaris dan helaian rambut adalah selari antara satu sama lain. Jikarambut telah rosak, sel-sel tidak akan berada dalam barisan danrambut akan kehilangan kilatnya. Kekasaran yang berterusan ke atas rambut akan melusuhkan kutikel dan mendedahkan lapisan kedua rambut, iaitu korteks. Ini boleh menyebabkan hujungrambut bercabang dan rambut akan kelihatan kasar dan kusam.
Lama-kelamaan rambut akan gugur. Jumpalah pakar rambutprofesional hari ini untuk mengetahui lebih tentang penjagaan rambut.

kuning telur
lidah buaya

Tips penjagaan rambut secara tradisional

Ambil dua cawan pati santan, dua batang daun lidah buaya, lima helai daun pandan dan sebiji kuning telur. Kisar daun pandan bersama daun lidah buaya dan ambil airnya. Campurkan kuning telur dan kacau sebati. Sapukan di kepala sambil mengurut kepala selama lima minit. Apabila selesai, balut kepala dengan tuala bersih selama 10 minit. Kemudian cuci dengan air bersih. Jika rambut berkelemumur tambahkan sedikit perahan air limau purut.

Ambil segenggam kelapa yang baru diparut. Ketika mandi, kelapa tadi digosok rata-rata pada bahagian rambut. Amalkan selalu dan hasilnya rambut akan lebih sihat dan berkilat.

Bersihkan biji betik dan jemur hingga kering. Gorengkan tanpa minyak sampai hangus. Kemudian tumbuk atau giling hingga lumat. Pindahkan ke dalam piring dan bancuhkan dengan air. Sebelum menggunakannya, bersihkan rambut dan keringkan. Selain itu, sapukan bahan tadi pada rambut tanpa syampu. Hasilnya rambut akan berkilat dan lebih hitam.
Ramas beberapa helai daun limau purut dan bunga raya dengan sedikit air, tapis airnya dan lumurkan pada rambut. Di samping memberi keharuman pada rambut, ia juga menyejukkan kepala


pati santan

daun pandan




No comments:

Post a Comment