Pages

Thursday, March 1, 2012

MAKANAN UNTUK RAMBUT?.....

Anda mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien. Misalnya, rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kacang-kacang, buah-buahan, tomato dan susu. Kerosakan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai gangguan cara makan, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi, makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat!....




PENJAGAAN & RAWATAN YANG BETUL

Cara yang senang untuk menjaga rambut anda:

  • Gunakan jenis syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda. 
  • Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda, jangan menggosoknya. 
  • Jagalah rambut anda dengan baik. Jangan mengeritingkan, menyah-warnakan, meniupkeringkan, meluruskan atau mewarnakan rambut anda terlalu banyak. 
  • Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin. 
  • Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan merokok atau minum alkohol. 
  • Jika anda mengalami masalah rambut, seperti keguguran rambut, pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya 






No comments:

Post a Comment