Pages

Monday, May 9, 2011

Dah banyak kali syampu rambut,,, kelemumur taknak hilang!!!...

rambut berkelemumur


Jawapan:
Ini adalah disebabkan oleh hormon lelaki yang banyak semasa akil baligh. Selain itu, sebaik sahaja kulit kepala anda dijangkiti Malassezia Furfur, iaitu sejenis virus bakteria yang tumbuh di dalam sebum, perembesan sebum akan terjejas dan batang rambut akan rosak.
Ini akan menyebabkan rambut kehilangan nutrien dan lama-kelamaan menjadi nipis serta mudah bercabang. Keguguran rambut yang banyak juga akan berlaku. Kelemumur akan menjadi jelas dan kepala anda akan gatal, terutamanya pada bahagian ubun-ubun dan pelipis. Bahagian-bahagian itu akan mempunyai lebih banyak rembesan hormon lelaki dan akan mengalami keguguran yang jelas.
Jika anda mengalami masalah ini, perkara yang perlu dilakukan ialah mendapatkan bantuan profesional. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk menangani masalah rambut.



                    gatalnyaaaaaaaaaaa....... tidakkkk!!!


Cara tradisional untuk menghilangkan kelemumur di kepala


limau nipis

Limau nipis 2 buah

Caranya:

- Belah limau nipis tersebut, kemudian perahkan dan sapukan kepada rambut sampai kekulit kepala.
- Urut-urut kulit kepala selama beberapa minit.
- Kemudian bungkus kepala dengan menggunakan tuala/handuk selama beberapa minit.
- Selepas itu bolehlah dibasuh seperti biasa dengan menggunakan shampoo yang sesuai dengan rambut anda.
- Lakukan rawatan ini seminggu sekali ianya bukan saja dapat menghilangkan kelemumur/ketombe, tetapi rawatan dengan menggunakan limau nipis juga boleh melembutkan rambut anda jika rajin mengamalkannya.

2 comments: